Saturday, January 12, 2013

Lagu Dulu-dulu Yang Menjadi Kegemaran



Lagu dan muzik pada tahun 80 an banyak menghasilkan senikata lagu yang puitis dan amat menyenangkan apabila kita dengarkan.Lagu ini adalah salah satu lagu yang amat saya gemari, lebih-lebih lagi pada zaman remaja saya amat meminati Fauziah Ahmad Daud (OGY).

Thursday, January 10, 2013

Renungan Keinsafan......

RAPUH....

Hmm.... Kita hanya manusia yang lemah, dalam kehidupan sentiasa diuji dengan pelbagai ujian dan cabaran.Sebagai insan kita sedaya upaya cuba bertahan.... namun seringkali atau sesekali terbit juga keluhan dari ulas bibir. Kita lupa sepatutnya, kita redha dengan ketentuanNya. Oleh itu, hanya keampunan kita harapkan daripada Allah. Seringkali juga kita dibuai dengan illusi dunia sehingga kita lupa hakikat cinta dan kasih yang sebenarnya hanyalah kepada Yang Maha Esa. (setitis tinta10/1/2013)

Monday, May 24, 2010

Apa-apa sahaja (1)

Semasa kecil aku sering memikirkan mudahnya menjadi orang dewasa.Jika aku menjadi dewasa tentu mudah bagiku mendapatkan apa sahaja .Aku pasti mempunyai pendapatan sendiri, membeli barang yang diinginkan, pergi ke mana-mana walaupun masih dibatasi adat, berbuat apa sahaja dan bla....bla... . Itulah naifnya pemikiran dan pandangan seorang kanak-kanak tentang kehidupan. Namun setelah menginjak kedewasaan dan kini menghampiri setengah abad kehidupan semua yang kuimpikan sewaktu kecil tidaklah seindah realiti apabila diri ini benar-benar mengenal erti hidup.

Rupa-rupanya seorang dewasa perlu memakai pelbagai baju kehidupan yang mempunyai tanggungjawab tersendiri.Seorang wanita umpamanya perlu menjadi seorang isteri, anak dan menantu yang solehah, ibu mithali, kakak atau abang atau adik yang penyayang serta bertolak ansur, jiran yang baik, pekerja contoh dan ahli masyarakat yang bertanggungjawab serta lain-lain lagi dalam satu masa yang sama.

Oleh itu, janganlah sia-siakan, zaman kanak-kanak anda.Nikmatilah dan penuhi zaman kanak-kanak anda ibarat pelangiyang berwarna-warni.... .

Thursday, May 20, 2010

Lawak Hari Ini

Pagi-pagi lagi seorang guru masuk ke kelas untuk memulakan pengajaran dan pembelajaran.Seperti biasa dia perlu memastikan murid-muridnya bersedia...tiba-tiba...

Semua murid: Cikgu Ikhwan sakit.Tadi dia muntah..
Cikgu: Awak makan apa?Awak makan sarapan pagi?
Ikhwan mengangguk sahaja sambil menangis..
Saiful Syabaan: Entah apalah emak dia masak bagi dia makan?
Johari: Cikgu dia sakit perut sebab makan kue tiew Syaiful Syaaban Cikgu!!!!

Satu kelas ketawa (sebab ibu bapa Syaiful Syabaan berniaga kue tiew).

Pengajarannya: Lain kali jangan mengenakan orang nanti terkena balik dan berfikir dahulu sebelum bercakap.
Bicara Seorang Anak dengan IBU...

Ibu: Nani baca buku, nanti Nani tak boleh jawab dan tak lulus peperiksaan.
Nani: Ada Nani Kisah.....
Ibu : ??????? Nani tak kisah tapi mama kisah.
RESIPI MAKANAN KEGEMARAN KELUARGAKU
RINGKAS, CEPAT DAN MUDAH
Ayam Masak Kicap:

Bahan:

1 atau 1/2 ekor ayam (dipotong-potong)
2 biji bawang besar (dipotong )
5 biji bawang putih (dihiris)
1 inci halia (dihiris)
2 biji lada merah atau hijau(dipotong serong)
Sedikit kunyit serbuk (utk dilumur pada ayam)
Sedikit garam
Kicap manis/masin 1/4 botol
air asam jawa 1 mangkuk(biar pekat)

Cara memasak:
1. Ayam yang telah dipotong-potong dibersihkan ,kemudian lumur dengan kunyit dan garam.
2. goreng ayam tidak perlu terlampau garing,pastikan ayam telah masak sepenuhnya.
3. Setelah itu masukkan sedikit mnyak ke dalam kuali yang telah dipanaskan.Tumis bawang putih dan bawang besar .Tidakperlu garing.Apabila naik bau bawang terus masukkan kicap dan air asam jawa. Selepas itu masukkan ayam goreng dan lada.
4.Biarkan sehingga kuah mendidih kemudian bolehlah diangkat dan dihidangkan.

Selamat mencuba....
Salam Ukwah... Sejahteralah ke atasmu....

Pelangi Kehidupan.... Setiap orang mempunyai pelangi dalam mewarna kehidupan mereka. Yang mana satu merupakan pelangi kehidupan ditentukan oleh kita sendiri.Kadang-kadang pelangi tersebut bisa menjadi mendung atau ditutup mendung yang datang tanpa diundang.Namun , kadang-kadang mendung itu bisa mendatangkan sinar setelah ia berlalu pergi.... dan menerbitkan kembali pelangi.

Apakah atau siapakah pelangi dalam kehidupan anda? Jika anda belum menemukannya jangan berputus asa karena apabila tiba saatnya pasti ia akan datang jua.Cuma cepat atau lambat.Namun setiap orang perlu ada kesabaran dan keyakinan dalam diri masing-masing.Andainya anda telah menunggunya dalam penantian yang panjang maka janganlah bersedih...(La tahzan) seperti tajuk sebuah buku Islamik kerana kita masih mempunyai-Nya untuk menjadi tempat kita mengadu. ....